Dulu di Kapit aku ada buat tuisyen mata pelajaran Sains untuk SRP. Apabila aku pulang mengajar dikampung aku mengajar subjek Fizik dan Matematik. Untuk matematik Tingkatan 3 aku mengajar 3 kelas dan sukar guru baru datang walaupun senior untuk dapat subjek matematik. Lagi pun keputusan matematik agak baik.

Apabila cikgu Samsiah datang dia terpaksa mengajar Sains dan banyak kali merayu kepada aku minta nak mengajar matematik, akhirnya aku setuju bertukar subjek dengan dia. Aku beri subjek Matematik tingkatan 3 kepadanya dan aku mula mengajar Sains Tingkatan 2.

Aku sebenarnya kurang minat mengajar sains berbanding dengan matematik kerana subjek sains membuat aku kena banyak membaca....

Subjek Sains yang pernah aku mengajar ialah tingkatan 1, 2 dan 4. Manakala aku juga sempat mengajar Sains Tambahan tingakatan 4 dan 5 mengantikan cikgu Noraini Hitam meninggal dunia akibat kanser.

Pelajar kelas 4 Progresif yang mengambil subjek Sains Tambahan
Ini gambar kenangan semasa aku menjadi guru kelas kepada 4 Progresif yang ditinggalkan oleh cikgu Noraini.

#

0 Comments